Wednesday, August 17, 2011

Isu Murtad

sebentar tadi aku ada terbaca pandangan seorang MPP UPM mengenai isu murtad di laman web Pro-Mahasiswa universiti berkenaan.. (anda boleh baca di sini - http://promahasiswaupm.wordpress.com/2011/08/14/menyelusuri-akar-masalah-isu-jais-serbu-gereja/#comment-2784

jadi tergerak hati aku untuk mengulas sedikit dan memberi persoalan yg berkaitan hujah2 yg diberikan kerana aku yakin hujah yg diberikan oleh saudari berkenaan jelas terlalu peribadi dan terpengaruh dgn pemikiran atau pengangan politik peribadi saudari yg menulis.. walaubagaimanapun.. suka utk aku jelaskan di sini bahawa segala ulasan.. dan persoalan yg aku timbulkan juga bersifat peribadi.. jadi anda bebas untuk sama ada membaca atau tidak kerana aku x suka disebabkan perbezaan fahaman kita bergaduh sesama kita..

Hujah-Hujah :-

1) "Inilah yang kita mahu, ketepikan segala kepentingan peribadi apabila kita berurusan dengan isu umat islam"

ya aku setuju.. bila berhadapan dgn isu agama.. mmg kepentingan peribadi DAN POLITIK perlu diketepikan.. walaubagaimanapon.. aku tak nampak kepentingan peribadi yg saudari penulis maksudkan kerana yg menjalankan tugas menyerbu adalah pegawai JAIS.. adalah menjadi tanggungjawab JAIS untuk menjalankan apa2 operasi berkaitan dgn agama..

2) "tanpa sedar, kita tidak dapat lari dari menilai perkara ini dari aspek adab dan nilai. Serbuan tanpa permit seakan-akan memberi gambaran betapa tidak berhemahnya dan tidak terbukanya islam menghadapi dasar toleransi agama-agama lain."

adakah permit semata-mata menjadi kayu pengukur terhadap adab dan nilai terutama bila melibatkan isu2 sensitif keagamaan seperti murtad? adakah dgn membiarkan seorang muslim itu murtad baru kita dianggap sebagai berhemah dan terbuka dalam menghadapi dasar toleransi beragama?

3) "Sedangkan selama ini kita berusaha menegaskan kepada dunia bahawa kita bukanlah agama yang melahirkan pengganas."

apakah kaitan serbuan itu dgn pengganas?? apakah keganasan yg dilakukan oleh pegawai yg menyerbu?? senjata?? bom?? parang?? jelas penulis sudah buntu ataupun mungkin penulis lupa atau terlepas pandang untuk menghurai kaitan keganasan dgn serbuan tersebut..

4) "hanya untuk mendapatkan duit zakat yang berjumlah beberapa ratus ringgit sahaja, prosedur yang dilalui amat merumitkan."

rasanya semua sudah sedia maklum bahawa duit zakat seharusnya diserahkan kepada org islam yg betul2 layak menerima.. jadi prosedur untuk mengenalpasti umat islam yg benar2 layak itu sgt perlu supaya tidak terlepas sedikit pon harta zakat kepada sesiapa yg tidak memerlukan.. kerana itu adalah amanah.. cara saudari penulis mengolah hujah beliau yg ini menampakkan dirinya sbg seorang yg gopoh dan cepat melatah...

5) "Kelemahan ekonomi umat islam juga antara sudut lain yang mungkin dinilai, betapa kemiskinan yang menghimpit umat islam menyebabkan mereka harus menagih kehidupan dari penganut agama lain."

adakah kemiskinan menghalalkan seorang umat islam itu untuk murtad?? ADAKAH MURTAD ITU CARA YG TERAKHIR UNTUK MENGAKHIRI KEMISKINAN?? sedangkan didalam video aku x rasa lelaki murtad yg sedang berucap itu miskin (dari segi pakaian), dan nmpk berintelektual (dari segi percakapan)..


oleh yg demikian.. secara jujur dan rendah dirinya aku berpendapat perkara isu2 agama yg menyentuh sensitiviti sedemikian TIDAK PERLU.. TIDAK BOLEH dan TIDAK PATUT dicampuradukkan dgn mana2 fahaman peribadi MAHUPUN POLITIK.. kerana aku percaya sekiranya dicampuradukkan.. akan jadi perpecahan dalam kalangan umat Islam itu sendiri dan juga rakyat Malaysia..

kalau x percaya.. lihat sahaja masjid2.. surau2.. ade surau Biru.. ade surau Hijau.. ade surau Biru cair.. nasib baik x de surau Roket lg.. TEEEEET!!! surau biru utk org biru.. surau hujau utk hijau.. MANA BOLEH MCM INI!!! tolak ke tepi fahaman politik masing-masing bila kita berdepan dgn isu agama.. berpolitik la anda.. tapi bila di masjid.. bila di surau.. fahaman kita hanya satu.. iaitu ISLAM..


rendah diri,
Fiknormi.